Thursday, 14 April 2016

KOMEN DAN CADANGAN

Pada pendapat saya setelah menjalani latihan industri  lebih kurang 5 bulan, saya dapati beberapa perlu di ke tengahkan untuk mendapat pertimbangan dari pihak berkenaan. Antara cadangan saya ialah:-

   i)  Saya mencadangkan agar latihan industri terus dilaksanakan untuk pelajar yang bergelar siswa/siswi kerana ia dapat mendedahkan suasana pekerjaan yang sebenar, secara tidak langsung pelajar sudah bersedia menempuhi alam pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.
   ii)    Pihak PKT perlu lebih kerap melihat pelajar di tempat latihan industri masing-masing supaya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
  iii)   Pihak industri juga perlu memberi pendedahan yang lebih kepada pelajar tentang kendalian peralatan dan lain-lain supaya pelajar dapat mempraktikkan apa yang diajar semasa belajar mahupun bekerja nanti.

Diharap cadangan dan saranan saya ini dapat membantu dalam memperbaiki latihan industri ini. Oleh itu, perlu bagi semua pelajar, pensyarah, dan pihak industri memantapkan latihan industri ini bagi melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi.


KESIMPULAN

Bersyukur saya ke hardrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menjalani latihan praktikal di Radio Perlis FM (PFM) yang mengambil masa selama 5 bulan dari bulan november hingga april 2016. Saya berasa amat bertuah sekali kerana dapat berpeluang menjadi sebahagian daripada keluarga Radio Perlis FM  walaupun hanya dalam masa yang singkat.
            Secara keseluruhannya, Radio Perlis FM (Perlis FM) dapat memenuhi hasrat dan matlamat untuk memberi pendedahan yang luas mengenai bidang pekerjaan yang sebenar. Kebanyakan peralatan di sini bersangkutan dengan bidang video dan filem. Disiplin memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan merupakan  satu prinsip yang perlu disematkan di dalam diri setiap individu. Kerjasama daripada  semua warga Radio            Perlis FM memudahkan lagi saya memahami selok-belok alam pekerjaan.Di sini dapat disimpulkan bahawa :-
    i)     Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang penyiaran.  

   ii)    Pelajar dapat mendisiplinkan diri, bertanggungjawab dengan  tugas yang diamanahkan dan bersedia menghadapi sebarang masalah yang bakal timbul.

Wednesday, 13 April 2016

LAPORAN TEKNIKAL

PENGENALAN


Unit Rakaman Luar atau bahagian OB/OR (Out Broadcasting/Out
Recording) ini menjadi salah satu bahgian yang penting dalam jabatan ini. Ini kerana setiap apa jua rakaman dan siaran luar dilakukan oleh para juruteknik dibahagian ini. Peralatan yang digunakan untuk  membuat sebarang rakaman atau siaran luar di simpan di bahagian ini dan para juruteknik perlu sentiasa peka terhadap setiap kerosakan yang berlaku ke atas alat-alat tersebut. Jika berlaku sebarang kerosakan terhadap peralatan tersebut, para juruteknik bertanggungjawab untuk menyelenggaranya.

Sebelum sesuatu rakaman atau siaran luar itu dilakukan, terlebih dahulu Penerbit sesuatu rancangan yang akan dirakamkan itu akan membuat tempahan terlebih dahulu Juruteknik yang bertugas akan menyediakan peralatan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, setiap peralatan yang akan digunakan perlulah di uji terlebih dahulu untuk memastikan kelancaran rakaman tersebut, yang biasanya dilakukan lebih awal daripada tempahan.


       Jenis-jenis tugas utama yang dilakukan oleh juruteknik di bahagian ini ialah :-
    i)     P.A Sistem/Siaraya (Public Address System)
   ii)    Rakaman Luar.
   iii)   Siaran Luar (Secara Langsung)

i)     PA SYSTEM
Sistem ini dibuat pada ucapan umum, majlis keramaian dan sebagainya dan sebagainya. P.A dilakukan secara terus kepada umum tetapi hanya di kawasan itu sahaja. Para pelajar diberi peluang menyediakan “PA SYSTEM” ketika pertandingan lagu 70 an











          ii)    Rakaman Luar
Tugas ini melibatkan rakaman untuk disiarkan ke udara melalui radio. Rakaman ini dilakukan di luar studio atau dengan kata lain di tempat yang talah diarahkan seperti di sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya atas jemputan mereka. Di antara rakaman-rakaman yang di buat ialah seperti rakaman pantun, ceramah, dan temuramah yang biasanya menggunakan alat-alat seperti perakam DAT, mikrofon, speaker dan lain-lain bergantung kepada keperluan. Rakaman luar didedahkan kepada pelajar cara merakam dan kenali peralatan yang selalu digunakan.
          iii)   Siaran Luar
Siaran Luar pula melibatkan siaran secara langsung yang tidak memerlukan perakam yang mana siaran ini adalah secara terus dari tempat kejadian ke udara.


Alat-Alat Yang Terdapat Di OB/OR
i)     Mikrofon
Setiap rakaman dengan mikrofon. Ia merupakan alat yang menukarkan tenaga kustik kepada tenaga mekanikal atau kuasa elektrik. Mikrofon adalah pengubah iaitu mengubah dari satu bentuk tenaga yang lain.

 Proses ini terbahagi kepada dua bahagian mengikut keadaan tertentu:-
a)    Pertukaran tekanan udara bersebab dari gelombang (alunan) suara menjadikan lapisan gegendang (diaphragm) yang nipis kepada getaran mekanikal.

b)    Getaran pada gegendang digunakan untuk menimbulkan voltan ulang-alik.
Oleh yang demikian mikrofon menukarkan tenaga akustik kepada pancaran kuasa elektrik dengan memintas (intercepting) pancaran gelombang bunyi dari puncanya. Mikrofon yang memintas bunyi dari gelombang di udara mempunyai gegendang (rangka) untuk mengumpul tenaga akustik. Dua cara asas kendalian boleh digunakan untuk mengeluarkan getaran mekanikal dari tindakan gelombang suara. 


Contoh – contoh mikrofon yang digunakan :
a)    Mikrofon Juruhebah di Studio.
b)    Mikrofon Untuk Temubual Di Studio Rakaman Radio.
c)    Mikrofon Untuk Rakaman Drama.
d)    Mikrofon Untuk Tujuan Pembaca Di Studio (Studio Recital Mic).
e)    Mikrofon Konsert Orkestra.

f)     Mikrofon Siaran Luar Untuk Sukan

    Mikrofon sering digunakan oleh para pelajar adalah mikrofon wireless.
i)     Tascam
Tascam merupakan sejenis alat perakam yang digunakan di unit OB.Tascam mempunyai banyak jenis. Antaranya ialah tascam perakam, mixer , pemain cd. Tascam perakam digunakan untuk merakam suara. Contoh tascam perakam di gunakankan majlis forum perdana,al hadis dan lain-lain.




ii)     Speaker

Merupakan pembesar suara yang dihasilkan oleh sistem penguat kuasa. Walau bagaimanapun dua terdapat dua jenis penggunaan yang digunakan di sini iaitu untuk monitor dan untuk penonton. Speaker monitor hanya untuk di dengar di dalam studio sahaja manakala speaker untuk penonton diletakkan di luar studio untuk di dengan oleh penonton.

i)     Adaptor

   “Adaptor” adalah sejenis alat yang berfungsi sebagai penstabil bekalan kuasa supaya berkeadaan pada tahap 240V. Ia amat penting bagi mengawal bekalan kuasa supaya tidak berlaku kekurangan atau berlakunya lebihan jumlah kuasa yang dibekalkan. Kestabilan bekalan kuasa amat penting bagi menghasilkan rakaman yang bermutu tinggi. Ianya mempunyai kelebihan tersendiri iaitu butang yang terdapat padanya boleh dilaraskan mengikut kehendak semasa.


i)     Equalizer

     “Audio Equalizer”ialah alat yang membolehkan seseorang juruteknik audio untuk mengawal tahap nada atau tahap “Hamonic or Timbre”  yang wujud pada bunyi yang dihasilkan.

i)     Amplifier

      Ia adalah satu alat untuk menguatkan isyarat audio. Di sini amplifier digunakan ketika majlis-majlis keramaian seperti majlis ceramah, aktiviti sukan, persembahan dikir barat dan lain-lain yang mana ia memerlukan suara yang kuat untuk di dengar oleh umum.


i)     Kabel

     Berperanan sebagai penyambung antara “input” dan “output”. Ianya terdiri dari dua jenis sambungan iaitu sambungan “male” dan “female”. Terdapat pelbagai jenis kabel yang digunakan antaranya ialah kabel sambungan pembesar suara, kabel sambungan mikrofon dan kabel sambung ke konsul atau sebagainya.



i)      Headphone
        Untuk tujuan pendengaran, headphone digunakan. Ianya mempunyai dua buah speaker di sebelah kiri dan kanannya. Ia digunakan oleh juruteknik untuk memastikan tahap suara yang digunakan atau “input” yang diterima beradadalam keadaan memuaskan atau tidak berada pada keadaan “oversound”. Alat ini amat penting kerana ianya tidak dipengaruhi oleh bunyi dari luar.Selain dari itu, bagi tujuan untuk memastikan rakaman yang dilakukan dirakam atau tidak, maka alat ini juga diperlukan


i)     Reportophone
      Ia adalah satu alat yang di gunakan untuk membuat siaran langsung. Ia memerlukan kerjasama antara pihak Telekom dan RTM sendiri. Ini adalah kerana untuk menggunakan alat ini, talian telefon perlulah di gunakan dan ini memerlukan persetujuan pihak Telekom.Antara kesemua peralatan ini para pelajar wajib menggunakannya dengan adanya bantuan dari juruteknik pihak RTM sendiri  kenapa ini melibatkan siaran.


i)     Mixer
      Mixer adalah satu alat pengadun atau pencampur. Pengadun atau pencampur di sini adalah bermaksud ia mempunyai banyak masukan tetapi hanya ada satu keluaran sahaja. Ia mempunyai dua jenis masukan iaitu mic dan line. Masukan mic dikhaskan hanya untuk mikrofon shaja mankala line untuk radio, amplifier dan sebagainya. Ia mempunyai pelaras-pelarasnya yang tersendiri iaitu pelaras equalizer yang bertujuan untuk mendapatkan bunyi keluaran yang baik dan bermutu tinggi. Mixer yang pernah didedahkan kepada pelajar keluaran “Soundcraft ''


.

Rakaman Luar
i)     Rakaman Temuramah
Rakaman temuramah memerlukan Tascam, Mikrofon, serta kabel pendek untuk mikrofon. Hanya juruhebah yang melakukan rakaman ini.

ii)    Rakaman Dalam Dewan
Rakaman jenis ini biasanya dilakukan untuk rakaman yang akan disiarkan ke udara pada masa-masa tertentu. Alat-alat yang berkaitan perlu di tempah terlebih dahulu oleh penerbit sesuatu rancangan tersebut. Peralatan yang pelajar akan lebih kenali ketika rakaman dalam dewan ialah mixer, mikrofon,Tascam , kabel dan juga speaker.

iii)   Rakaman Luar
Kaedah untuk membuat rakaman ini sama seperti rakaman di dalam dewan tetapi berbeza dari segi alatan dan tempat temuramah. Bagi rakaman luar, hanya Tascam, dan mikrofon yang digunakan dan ia memerlukan seorang penemuramah yang biasanya terdiri daripada juruhebah. Juruteknik dan pelajar   memainkan peranan yang penting dalam proses merakamkan sesi temuramah yang dilakukan termasuklah pada alat perakam iaitu Tascam .

iv)     Siaran Langsung
Siaran langsung ialah siaran yang dibuat secara langsung dari tempat kejadian seperti laporan pilihanraya, laporan secara langsung acara sukan, laporan terkini tentang perkara yang berlaku di Malaysia dan sebagainya. Untuk melaksankan siaran langsung ini penglibatan pihak Telekom diperlukan.
Pihak Telekom perlu menyediakan dua talian telefon yang telah di tempah oleh pihak RTM sebelum ini. Dua talian ini ialah talian muzik dan talian telefon kawalan :-
a)    Talian data
Talian ini adalah untuk disambungkan secara terus ke bilik hubungan nasional untuk kegunaan juruhebah.
b)   Talian telefon kawalan
     Talian ini pula disambungkan ke bilik Pusat Kawalan (MCR) untuk tujuan pengesanan talian yang telah disambungkan antara tempat kejadian dengan bilik hubungan nasional. Juruteknik yang bertugas di tempat kejadian akan menefon MCR untuk memastikan tone telah di hantar dan telah dapat di teima dengan jelas.
Tempahan latihan perlu dibuat seminggu sebelum berlangsungnya siaran tersebut kepada pihak Telekom. Juruteknik yang ditugaskan untuk membuat ujian ke atas talian akan ke tempat kejadian dua hari sebelum berlakunya kejadian tersebut. Ini untuk memastikan talian berkeadaan baik dan tiada halangan. Untuk memastikan isyarat dapat di terima dengan baik , penerima perlulah mempunyai tahap kehilangan atau drop yang paling rendah. Jika isyarat yang di hantar adalah 100 peratus, penerima di bilik pusat kawalan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 90 peratus hingga 95 peratus kadar penerimaannya. Ini penting kerana ia akan menentukan mutu siaran yang sebenar nanti. Pihak Telekom dan RTM perlulah bersama-sama memastikan isyarat yang akan di terima oleh pendengar nanti dalam keadaan yang terbaik. Pelajar diajar cara untuk menerima isyarat dari pihak telekom.

Peralatan Yang Digunakan
i)     Mixer.
ii)    Receiver (radio).
iii)   Kabel.
iv)   Reportphone.
v)    Headphon






Antara tugas yang diberi oleh penyelia ob ialah :
  • Menyusun peralatan ob
  • Memeriksa di box
  • Setup peralatan P.A system
  • Membuat penyelengaraan power amplifiear
  • Setup peralatan untuk mini studio
  • Membuat rakaman ucapan Perasmian Pesta Angin timur oleh Menteri Besar
  • Menghantar peralatan P.A system 

LAPORAN TEKNIKAL

PEMANCAR

Pengenalan
Pemancar merupakan bahagian terakhir yang akan dilalui oleh sebarang isyarat sebelum ia dihantar ke antenna untuk dipancarkan. Fungsi utama pemancar adalah untuk menentukan peningkatan frekuensi, nilai kuasa yang diperlukan untuk menghantar isyarat dan juga untuk menapis sebarang gangguan yang berlaku kepada isyarat.  Isyarat kemudiannya akan di modulasi menggunakan ‘modulator’. Proses modulasi ini dilakukan dengan menggabungkan isyarat pembawa dan isyarat data.  Kemudiannya isyarat yang telah dimodulasi akan dihantar ke antena untuk dipancarkan.
Fungsi utama dan matlamat stesen pemancar ialah memastikan semua siaran radio dan tv  yang dipancarkan adalah berkualiti tinggi dan dapat diterima dengan baik, jelas dan tanpa gangguan kepada penduduk-penduduk di kawasan yang ditentukan di sepanjang masa siaran.
Untuk memastikan fungsi utama dapat diselaraskan kepada objektif Jabatan, maka beberapa strategi dan faktor penting perlu dipertingkatkan dalam penambah baikan mutu siaran.

Antaranya adalah seperti berikut:-
a)    Memastikan alat pemancar bagi setiap siaran dapat di pancarkan dengan lebih luas.
b)    Mengesan dan mengatasi masalah kerosakan yang timbul pada alat pemancar pada tahap minimum.
c)    Mengurangkan masa gangguan sesingkat yang boleh.
d)    Menentukan dan mengawal kualiti siaran pada tahap yang maksimum.
e)    Bertanggungjawab dan cekap dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
f)     Menjalankan tugas operasi dan penyelenggaraan dengan lebih baik dan sistematik.
g)    Memberi kebolehan terbaik yang ada pada individu untuk mencapai matlamat jabatan dan bahagian.
h)   Menjalankan ujian penerimaan siaran radio FM dan TV di seluruh kawasan Perlis.


Pemancar-Pemancar FM Milik RTM
i)     Stesen Pemancar Padang Pauh, Perlis
ii)    Stesen Pemancar Universiti Utara Malaysia
iii)   Stesen Pemancar Bukit Dedap Sik, Kedah
iv)   Stesen Pemancar Bukit Genting, Pulau Pinang.

 Pemancar-Pemancar FM Milik TM
i)     Stesen Pemancar Gunung Jerai, Gurun.
ii)    Stesen Pemancar Gunung Raya, Langkawi.
iii)   Stesen Pemancar Bukit Penara, Pulau Pinang.
iv)   Stesen Pemancar Bukit Palong, Baling.
v)    Stesen Pemancar Sungai Hilir Kecik ,Bandar Baharu.

    Para pelajar dapat melawati keseluruhan pemancar fm milik RTM PERLIS malah, pelajar turut dipelajari  bagaimana mencari Frekuensi dan  cara – cara mengatasi masalah sekiranya berlaku masalah pada stesen pemancar milik RTM Perlis.


Penyelenggaraan Cegahan Komponen
      Cara – cara penyelenggaran cegahan komponen turut dipelajari setiap
      pelajar terhadap komponen – komponen ini :-

i)     Transistor
ii)  Kapasitor
iii)   Perintang Tetap
iv)   Fius
v)    Meter
vi)   Geganti
vii) Suis
viii) Lampu penunjuk dan suis penunjuk
ix)   Papan litar tercetak

x)    Ujian Prestasi


Pengurusan Stesen Pemancar/Transposer
         Pengurusan stesen pemancar/transposer boleh dibahagikan kepada dua  
         kategori :
i)     Manned Station
ii)    Unmanned Station
                Manned Station
a)    Sesebuah stesen pemancar yang dikendalikan oleh pasukan petugas (kakitangan) sepenuh masa (24jam).
b)    Contoh manned stesen adalah seperti stesen- stesen pemancar fm milik rtm

                Unmanned Station
a)    Sesebuah stesen pemancar/transposer yang tidak dikenalikan sepenuh masa. Stesen-stesen ini dibuat lawatan atau pemantauan mengikut jadual atau apabila keadaan memerlukan seperti berlaku kerosakkan atau aduan daripada orang awam atau pihak atasan.
b)    Contoh stesen-stesen unmanned seperti stesen- stesen pemancar fm milik tm
c)    Kebiasaannya stesen-stesen unmanned ini terletak :-
i)     Jauh dari kota atau Bandar.
ii)    Berkuasa rendah~bawah 1Kw
iii)   Menerima program (source) secara `off-air’.

iv)   Kawasan sasaran yang kecil.

Bahagian-Bahagian Yang Terdapat Di Pemancar
i)     PIE (Program Input Equipment)
Menerima program dari bilik kawalan pusat (MCR) menerusi litar telekom capella (digital line) dan PCH (analog line). Sekiranya capella line mengalami masalah maka PCH line akan mengambil alih secara automatik. PIE ini berfungsi untuk memantau siaran tv dan radio sebelum dan selepas pemancar.





ii)     Transmitter
“Transmitter” adalah satu alat untuk memancarkan isyarat RF (Radio Frequency). 


Transmixtter tv
Transmitter radio



iii)     Penguja (Exciter)


     Penguja adalah sejenis penguat yang tugasnya adalah untuk menguatkan isyarat yang diterima. Oleh kerana ianya dibahagi kepada frekuensi radio, maka frekuensi ini adalah penguat frekuensi radio iaitu isyarat yang diterima ialah frekuensi radio dan ianya untuk mengeluarkan frekuensi itu sahaja.

Exciter

Langkah-Langkah Kerja Yang Dijalankan
       Beberapa langkah kerja yang di jalankan. Antaranya seperti para pelajar perlu membaca meter, menghidupkan”transmitter”,menguji kekuatan siaran, dan menservis serta penyelenggaraan .seterusnya direkod untuk tujuan pemeriksaan
   Diajar cara oleh juruteknik  membaca meter pada ”transmitter” mengikut jadual dan 
Membuat penyelengaraan air cond.
-Memeriksa  gas setiap air cond di pemancar uum menggunakan  meter gas.
Meter gas
Fungsi meter gas ini ialah

  •     Untuk memeriksa gas yang terkandung dalam air cond.
  •     Tube berwarna biru adalah untuk memeriksa gas.
  •     Tube berwarna merah untuk menambah gas kedalam air cond
  •     Tube berwarna kuning pulak untuk mengeluarkan gas jika terlalu banyak di dalam air cond
  •     Multimeter juga digunakan untuk memeriksa Amp setiap air cond. Setiap air cond mempunyai amp yang berbeza.

Clamp meter







Membuka skru untuk membuat pemeriksaan


  Membuat penyelengaraan radiotor :

  • Membuka skru radiotor.
  • Mengeluarkan kipas terlebih dahulu.
  • Membersihkan kipas radiotor menggunakan air yang bersih.
  • Membersih radiotor menggunakan air yang bersih.
  • Membuat pemasangan semula selepas semua peralatan radiotor dibersihkan.






Membuat penyelengaraan  di pemancar sik kedah.


Kegunaan dummy load untuk memeriksa signal daripada transmitter ;

  • Membuka power transmitter 
  • Menyambung kabel dummy load ke transmitter
  • Membuat bacaan menggunakan meter untuk memeriksa frequansy di trasmitter tersebut.