Tuesday, 12 April 2016

LAPORAN TEKNIKAL

PENGENALAN


Berita Ehwal Semasa TV ( ENG )
Unit rakaman Berita Ehwal Semasa TV adalah berperanan untuk mengumpul maklumat atau berita melalui elektronik. Biasanya ia dikenali sebagai ENG ( Elektronic News Gathering ). Unit ini telah diwujudkan di RTM Perlis ia tidak termasuk di bawah Bahagian Kejuruteraan, sebaliknya  ia beroperasi dengan arahan dari ENG Pusat di Wisma TV Angkasapuri. Bilangan kaki tangan  unit ini adalah terhad iaitu terdiri daripada tiga orang petugas iaitu :

   a)    Penerbit/ Pemberita

   b)    Jurukamera

   c)    Pembantu Jurukamera


 Antara peralatan yang beradi di bilik berita / ENG

  • Studio tv atau untuk rakaman berita dari RTM Perlis
  • Kamera panasonic P2hd
  • Kamera sony exd cam
  • Kamera dvc pro
  • Anycast Dvc pro 50 -untuk penyuntingan
  • Monitor Jvc
  • lighting
  • mixer    








     Kelengkapan
            Walaupun unit ini merupakan sebuah seksyen yang kecil tetapi ia mempunyai kepentingan yang besar. Sebuah kenderaan disediakan khas untuk kemudahan membuat liputan dimana-mana sahaja di sekitar kawasan utara. Alatan lain merupakan kelengkapan untuk liputan dan tujuan penghantaraan isyarat video ke stesen pusat.
     Alat-alat atau elemen untuk tujuan merakam berita adalah  berikut:-

   a)    Kamera-kamera yang selalu digunakan ialah dari jenis BETACAM yang sesuai untuk tujuan penyiaran yang sesuai untuk tujuan  penyiaran TV. Ia menggunakan bateri atau bekalan kuasa DC. Pita yang digunakan untuk kamera ini ialah dari jenis kaset video saiz 12 mm atau dikenali sebagai pita(beta).
   
     Liputan Program ENG
       Program yang diterima melalui telefeks diatur dan sesuaikan mengikut kepentingan sesuatu”function”. Biasanya liputan satu rakaman yang dibuat merupakan bahan untuk Berita TV sahaja. Sesuatu program selalunya diterima beberapa hari lebih awal dari tarikh berlansung sesuatu majlis atau upacara.
            Jurukamera akan mengambil gambar keseluruhan atucara dari acara perasmian hingga acara-acara penting. Pemandu jurukamera pula menyediakan kelengkapan seperti lampu, ”treport”(stand/kaki kamera) dan bateri kamera. Pita video tambahan juga disediakan juga.
Bahan berita atau video yang dirakamkan akan dibawa ke pejabat di Kompleks RTM untuk dihantar ke ENG pusat  serta merta. Biasanya ENG pusat dan pihak Telekom dimaklumkan terlebih dahulu kerana penghantaraan isyarat melalui talian VHF, jadi satu saluran khas perlu ditempah untuk hubungan kedua-dua stesen.

Di stesen atau pejabat gerakan unit ini, alat – alat untuk tujuan penghantaraan isyarat video juga turut disediakan. Proses penghantaran biasanya dipanggil ‘PUMPING’ mempunyai dua peringkat iaitu pemancaran ke stesen Telekom dan talian VHF ke MCR TV dan seterusnya ke bahagian ENG stesen pusat operasi siaran. Alat-alat untuk tujuan pemancaran ialah :-
    Penyunting/pemain video.
   i)     Pemancar VHF.
   ii)    Ariel Pemancar.  
   iii)   Monitor TV.   
   iv)   Trepot.
   v)    Bateri
  vi)   Pita.
  vii)  Mikrofon.
  viii) Unit Bekalan Kuasa
   



Panasonic p2hd
sony xd cam




    Penyuntingan Pita VIdeo
            Penyuntingan pita video adalah satu proses dimana beberapa ‘Shot’ pergambaran mengenai sesuatu cerita atau peristiwa  dibina semula secara elektronik proses ini dilakukan dengan memilih serta mencantumkan sesuatu babak dengan yang lain sehingga menjadi satu siri yang mempunyai kesinambungan cerita yang lenfgkap serta dapat dimengertikan jalan ceritanya. Ia dilakukan  oleh seorang juruteknik yang mengendalikan alat BETACAM untuk penyuntingan filem yang dirakamkan oleh jurukamera.Berbeza dengan suntingan audio, penyuntingan opsyen tertentu. Proses ini hanya boleh dilakukan secara elektronik.
.
    Terdapat 2 kaedah suntingan yang biasa dilakukan iaitu :-
   a)    ‘Assemble Editing’( suntingan himpun )
             Iaitu menambah segmen-segmen program ke dalam pita induk.
   b)    ‘Insert Editing’( suntingan masukan ).
             Iaitu menggantikan segmen-segmen pada pita tanpa perlu memindah
             lain- lain bahan yang telah terakam didalam pita itu.
   
  Proses penyuntingan para pelajar dapat pelajari sendiri bagaimanacara penyuntingan  Suntingan  hanya dilakukan secara sementara menerusi unit penyunting/pemain pita video(Editing Controller) untuk proses ‘pumping’.

    Pumping
            Penghantaran isyarat maklumat video melalui talian Telekom dikenali sebagai ‘pumping’. Pita video main semula pada alat penyunting/pemain dan diawasi pada monitor. Isyarat video yang masuk akan dikuatkan sebelum dipancarkan dari mesin editing dengan  menggunakan isyarat audio dan akan dihantar ke Menara Telekom     melalui kabel fiber optik. Seterusnya satu saluran khas yang dikawal oleh petugas Telekom menghubungkan Telekom Kuala Lumpur. Para pelajar turut dapat pelajari ”pumping” .

   Langkah- langkah semasa membuat pumping ialah :-
  a)    Perlulah mendapat talian dari pihak Telekom terlebih dahulu.
  b)    Perlulah menelefon pihak RTM Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum proses pumping.
  c)    Apabila pihak Telekom memberi talian, maka juruteknik yang bertugas akan menghantar    bahan dengan cara On pada monitor.
  d)    Kemudian RTM Kuala Lumpur akan menerima bahan tersebut pada monitor mereka.
  
Membuat editing






 Berita Radio
       Pemberita dan wartawan akan mencari bahan untuk disiarkan.    Kadang-kadang semasa mencari  berita TV wartawan turut menyelitkan berita radio. Sekiranya kamera  tidak dibawa semasa membuat liputan   maka ia adalah berita yang dimuatkan didalam radio.
        Berita radio ini diproses dengan menggunakan alat Nagra. Ia  adalah alat untuk merakam percakapan semasa membuat liputan. Kemudian ia akan  dipindahkan kedalam pita dan terus diberi ke juruhebah yang bertugas. Ada seorang wartawan yang bertugas menaip bahan berita untuk dibaca oleh juruhebah.

 Antara tugas yang diberi oleh penyelia ialah :
  • Membuat liputan Majlis pelancaran i-IDea
  • Membuat liputan kes kemalangan pemain bola di utan aji
  • Membuat liputan mengenai pasar tani ( fama)
  • Membuat liputan mengenai Kejohanan Merentas desa
  • Menghadiri perhimpunan bulanan dan membuat liputan
  • Membuat liputan mengenai sumbangan tahun baru cina
  • Membuat liputan pelancaran produk BUYER
  • Perasmian giant
  • Membuat liputan mengenai jelajah program AADK
  • Cara pemasangan P.A System
  • Pembelajaran menggunakan mixer digital




Merakam kesan fenomena el-nino

Merakam temubual mengenai pelancaran i-idea
Membuat rakaman temubual bersama Menteri besar

Merakam aktivi senamrobik

Merakam reaksi orang ramai

Merakam temubual Menteri besar

Merakam temuabual pengarah (MADA) kedah

Merakam temuabual bersama pengurus bolaseoak perlis

Menemubual mangsa kebakaan

Membuat rakaman perlawanan bola sepak

Membuat rakaman mengenai mesin potong buah

Merakam temubual bersama wartawan RTM di JKE



Perasmian giant


Memeriksa mic dan kamera sebelum beriti dimulakan




No comments:

Post a Comment