Thursday, 7 April 2016

PENGENALAN


 PENDAHULUAN

            Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kukurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar yang ditempatkan menjalani latihan industri samada syarikat  swasta atau kerajaan selama satu semester akan didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar dan berbeza daripada suasana pembelajaran di Politeknik. Kebanyakan organisasi pada masa kini berkecenderungan mengambil pekerja yang berpengetahuan tinggi, berkebolehan menguasai lebih daripada tiga bahasa dalam berkomunikasi, mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang pekerjaan dan sebagainya, Oleh sebab itu, latihan industri dapat membantu pelajar mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, juga pengalaman praktikal dan bersikap positif untuk membolehkan mereka berupaya berdaya saing di pasaran kerja semasa mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.Pelajar akan diuji lebih kurang dua puluh dua minggu untuk menjalani latihan industri di mana-mana jabatan kerajaan atau di  syarikat-syarikat swasta  yang  ada  di  pasaran. Dalam tempoh latihan industri ini,  para pelajar akan didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar yang mana akan ditempuhi apabila tamat pengajian kelak.


           Dengan adanya latihan industri ini, ia dapat memberi bimbingan kepada pelajar supaya lebih bersedia menempuhi segala rintangan dan cabaran yang ada. Mereka juga akan didedahkan kepada aspek sosial, interaksi, budaya bagi memudahkan lagi proses kerja di alam pekerjaan. Latihan industri ini juga adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang dapat membina diri dan peka pada pembangunan masyarakat dan negara. Pelajar juga boleh berfikir secara rasional serta dapat mempelajarai cara berkomunikasi dengan lebih baik dalam persekitaran yang berbeza.

 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

           Seperti yang telah dimaklumkan, setiap pelajar politeknik perlu menjalani Latihan Industri selama dua puluh dua minggu. Ini adalah untuk memenuhi syarat  yang  telah  ditetapkan  oleh  Kementerian  Pengajian  Tinggi  Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kelulusan peringkat sijil atau diploma dari pihak politeknik seluruh Malaysia. Setiap arahan dan peraturan yang telah ditetapkan mempunyai objektif yang tertentu iaitu :

i    Memberi pendedahan kepada situasi alam pekerjaan yang sebenar agar para pelajar tidak berasa kekok dan seterusnya dapat menimba ilmu serta pengalaman sepanjang menjalani latihan industri ini. 
ii   -Meluaskan pengetahuan teknikal dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi.
ii -Mempraktikkan   teori-teori   yang   telah   dipelajari   sepanjang proses pengajian di politeknik.
i     - Menanamkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan serta menjaga perhubungan yang harmoni sesama pekerja.



 OBJEKTIF LAPORAN  AKHIR LATIHAN INDUSTRI
           Setiap pelajar yang telah tamat menjalani latihan industri diwajibkan untuk menyediakan laporan latihan industri yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh politeknik. Objektif  laporan latihan industri adalah seperti berikut :-

   1.   Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan industri

     Pelajar yang  menjalani  latihan  industri  perlu  menyediakan  laporan latihan industri agar pengalaman dan kemahiran dapat dijana melalui penulisan di dalam laporan tersebut.  Selain itu para pelajar juga dapat mengetahui  sejauh  mana  ilmu  yang  ditimba  dan  diperoleh  sekaligus dapat mengimbau kembali pengalaman pahit dan manis sepanjang menjalani latihan industri di syarikat tersebut.
 
   2.  Menjadi bukti  bahawa  pelajar  tersebut  telah  menjalani  latihan industri

    laporan latihan industri disediakan sebagai bahan bukti untuk mengemukakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang   latihan tersebut. Setiap laporan yang lengkap juga memerlukan  penerangan yang terperinci mengenai perjalanan dan latar belakang tempat latihan industri. Ini membuktikan bahawa pelajar sentiasa mengambil perhatian sepanjang berada di tempat latihan industri apabila dapat memperoleh maklumat tersebut secara lebih mendalam.

    3.Sebagai sumber rujukan pada masa hadapan apabila berhadapan dengan alam pekerjaan.

     laporan latihan industri yang baik dan lengkap boleh digunakan sebagai bahan rujukan bagi menghadiri temuduga untuk memohon pekerjaan. Pangkat dan tahap pekerjaan  yang tinggi tidak  akan memberi makna kepada pekerja jika mereka tidak dapat membuat sesuatu laporan yang baik da bernas.


   KEPENTIGAN LATIHAN INDUSTRI

           Pelaksanaan latihan industri sememangnya memberikan impak yang besar terhadap pembangunan siswa dan siswazah yang bakal menerima penganugerahan.   Keupayaan latihan yang diberikan semasa menjalani latihan industri dapat memberi peluang mencari serta menimba ilmu dan pengalaman. Dalam masa yang sama,  pelajar mampu mendidik diri serta memupuk jati diri dalam kerja berpasukan dan kerja bermasyarakat.

            Perjalanan latihan industri ini merupakan satu pendedahan kepada pelajar tentang kewibawaan, personaliti, tanggungjawab, disiplin dan komunikasi.  Di alam pekerjaan,  pelajar dapat mengeksploitasikan diri dari persekitaran yang kompleks  dengan  suasana  pejabat. Pengendalian  diri  yang sinonim dengan situasi bekerja juga dapat mewujudkan pengalaman dalam menangani masalah yang mendatang dan dapat menghindarinya secara professional. Di samping itu, ia merupakan gambaran awal alam pekerjaan yang bakal ditempuhi serta pendedahan mengenai alam pekerjaan yang sebenar apabila mereka menamatkan pengajian kelak.

No comments:

Post a Comment