Wednesday, 13 April 2016

LAPORAN TEKNIKAL

PEMANCAR

Pengenalan
Pemancar merupakan bahagian terakhir yang akan dilalui oleh sebarang isyarat sebelum ia dihantar ke antenna untuk dipancarkan. Fungsi utama pemancar adalah untuk menentukan peningkatan frekuensi, nilai kuasa yang diperlukan untuk menghantar isyarat dan juga untuk menapis sebarang gangguan yang berlaku kepada isyarat.  Isyarat kemudiannya akan di modulasi menggunakan ‘modulator’. Proses modulasi ini dilakukan dengan menggabungkan isyarat pembawa dan isyarat data.  Kemudiannya isyarat yang telah dimodulasi akan dihantar ke antena untuk dipancarkan.
Fungsi utama dan matlamat stesen pemancar ialah memastikan semua siaran radio dan tv  yang dipancarkan adalah berkualiti tinggi dan dapat diterima dengan baik, jelas dan tanpa gangguan kepada penduduk-penduduk di kawasan yang ditentukan di sepanjang masa siaran.
Untuk memastikan fungsi utama dapat diselaraskan kepada objektif Jabatan, maka beberapa strategi dan faktor penting perlu dipertingkatkan dalam penambah baikan mutu siaran.

Antaranya adalah seperti berikut:-
a)    Memastikan alat pemancar bagi setiap siaran dapat di pancarkan dengan lebih luas.
b)    Mengesan dan mengatasi masalah kerosakan yang timbul pada alat pemancar pada tahap minimum.
c)    Mengurangkan masa gangguan sesingkat yang boleh.
d)    Menentukan dan mengawal kualiti siaran pada tahap yang maksimum.
e)    Bertanggungjawab dan cekap dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
f)     Menjalankan tugas operasi dan penyelenggaraan dengan lebih baik dan sistematik.
g)    Memberi kebolehan terbaik yang ada pada individu untuk mencapai matlamat jabatan dan bahagian.
h)   Menjalankan ujian penerimaan siaran radio FM dan TV di seluruh kawasan Perlis.


Pemancar-Pemancar FM Milik RTM
i)     Stesen Pemancar Padang Pauh, Perlis
ii)    Stesen Pemancar Universiti Utara Malaysia
iii)   Stesen Pemancar Bukit Dedap Sik, Kedah
iv)   Stesen Pemancar Bukit Genting, Pulau Pinang.

 Pemancar-Pemancar FM Milik TM
i)     Stesen Pemancar Gunung Jerai, Gurun.
ii)    Stesen Pemancar Gunung Raya, Langkawi.
iii)   Stesen Pemancar Bukit Penara, Pulau Pinang.
iv)   Stesen Pemancar Bukit Palong, Baling.
v)    Stesen Pemancar Sungai Hilir Kecik ,Bandar Baharu.

    Para pelajar dapat melawati keseluruhan pemancar fm milik RTM PERLIS malah, pelajar turut dipelajari  bagaimana mencari Frekuensi dan  cara – cara mengatasi masalah sekiranya berlaku masalah pada stesen pemancar milik RTM Perlis.


Penyelenggaraan Cegahan Komponen
      Cara – cara penyelenggaran cegahan komponen turut dipelajari setiap
      pelajar terhadap komponen – komponen ini :-

i)     Transistor
ii)  Kapasitor
iii)   Perintang Tetap
iv)   Fius
v)    Meter
vi)   Geganti
vii) Suis
viii) Lampu penunjuk dan suis penunjuk
ix)   Papan litar tercetak

x)    Ujian Prestasi


Pengurusan Stesen Pemancar/Transposer
         Pengurusan stesen pemancar/transposer boleh dibahagikan kepada dua  
         kategori :
i)     Manned Station
ii)    Unmanned Station
                Manned Station
a)    Sesebuah stesen pemancar yang dikendalikan oleh pasukan petugas (kakitangan) sepenuh masa (24jam).
b)    Contoh manned stesen adalah seperti stesen- stesen pemancar fm milik rtm

                Unmanned Station
a)    Sesebuah stesen pemancar/transposer yang tidak dikenalikan sepenuh masa. Stesen-stesen ini dibuat lawatan atau pemantauan mengikut jadual atau apabila keadaan memerlukan seperti berlaku kerosakkan atau aduan daripada orang awam atau pihak atasan.
b)    Contoh stesen-stesen unmanned seperti stesen- stesen pemancar fm milik tm
c)    Kebiasaannya stesen-stesen unmanned ini terletak :-
i)     Jauh dari kota atau Bandar.
ii)    Berkuasa rendah~bawah 1Kw
iii)   Menerima program (source) secara `off-air’.

iv)   Kawasan sasaran yang kecil.

Bahagian-Bahagian Yang Terdapat Di Pemancar
i)     PIE (Program Input Equipment)
Menerima program dari bilik kawalan pusat (MCR) menerusi litar telekom capella (digital line) dan PCH (analog line). Sekiranya capella line mengalami masalah maka PCH line akan mengambil alih secara automatik. PIE ini berfungsi untuk memantau siaran tv dan radio sebelum dan selepas pemancar.





ii)     Transmitter
“Transmitter” adalah satu alat untuk memancarkan isyarat RF (Radio Frequency). 


Transmixtter tv
Transmitter radio



iii)     Penguja (Exciter)


     Penguja adalah sejenis penguat yang tugasnya adalah untuk menguatkan isyarat yang diterima. Oleh kerana ianya dibahagi kepada frekuensi radio, maka frekuensi ini adalah penguat frekuensi radio iaitu isyarat yang diterima ialah frekuensi radio dan ianya untuk mengeluarkan frekuensi itu sahaja.

Exciter

Langkah-Langkah Kerja Yang Dijalankan
       Beberapa langkah kerja yang di jalankan. Antaranya seperti para pelajar perlu membaca meter, menghidupkan”transmitter”,menguji kekuatan siaran, dan menservis serta penyelenggaraan .seterusnya direkod untuk tujuan pemeriksaan
   Diajar cara oleh juruteknik  membaca meter pada ”transmitter” mengikut jadual dan 
Membuat penyelengaraan air cond.
-Memeriksa  gas setiap air cond di pemancar uum menggunakan  meter gas.
Meter gas
Fungsi meter gas ini ialah

  •     Untuk memeriksa gas yang terkandung dalam air cond.
  •     Tube berwarna biru adalah untuk memeriksa gas.
  •     Tube berwarna merah untuk menambah gas kedalam air cond
  •     Tube berwarna kuning pulak untuk mengeluarkan gas jika terlalu banyak di dalam air cond
  •     Multimeter juga digunakan untuk memeriksa Amp setiap air cond. Setiap air cond mempunyai amp yang berbeza.

Clamp meter







Membuka skru untuk membuat pemeriksaan


  Membuat penyelengaraan radiotor :

  • Membuka skru radiotor.
  • Mengeluarkan kipas terlebih dahulu.
  • Membersihkan kipas radiotor menggunakan air yang bersih.
  • Membersih radiotor menggunakan air yang bersih.
  • Membuat pemasangan semula selepas semua peralatan radiotor dibersihkan.






Membuat penyelengaraan  di pemancar sik kedah.


Kegunaan dummy load untuk memeriksa signal daripada transmitter ;

  • Membuka power transmitter 
  • Menyambung kabel dummy load ke transmitter
  • Membuat bacaan menggunakan meter untuk memeriksa frequansy di trasmitter tersebut.




No comments:

Post a Comment