Alhamdulillah, segala puji
bagi Allah dengan limpah dan kurnianya pada semester ini, saya berpeluang untuk
menjalani latihan industri di Jabatan Penyiaran Perlis (Perlis Fm) yang
bertempat di tingkat 6, bangunan kwsp jalan bukit lagi 01000
kangar,perlis. Dengan ini bermakna saya telah menamatkan latihan industri
selama 6 bulan dari november hingga april dengan selamatnya. Ribuan terima kasih
saya ucapkan kepada ahli keluarga saya terutama ayah dan bonda yang banyak
memberi sokongan dan dorongan kepada saya . Tidak dilupakan juga, ucapan terima
kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak menyumbang idea dan
pendapat serta doa dari keluarga tersayang.
Tidak ketinggalan juga kepada
teman-teman seperjuangan di tempat Li,iaitu pelajar politeknik, university
islam antarabangsa,un.Sekalung
penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Rekabentuk dan
Komunikasi, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah banyak membantu saya
menyediakan laporan ini.Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Pengarah RTM Perlis iaitu Puan Bibah binti Saad yang telah sudi
meluluskan dan menempatkan saya untuk menjalani latihan industri di sini. Tidak
ketinggalan Pembantu teknik iaitu en. Zamharir bin che din yang banyak menguruskan
hal ehwal pelatih distudio. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih juga kepada En.Mohd Izani bin Mohd Ibrahim iaitu Pembantu teknik
di pemancar. Mereka berdua banyak memberi
tunjuk ajar dan curahan ilmu selama saya berada di sini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua kakitangan RTM Perlis termasuk Juruteknik dan Juruhebah yang banyak
membantu saya dalam memberi penerangan, dan juga tunjuk
ajar serta
teguran mengenai aktiviti yang dilakukan sepanjang lima bulan saya menjalani latihan industri di RTM. Segala
keperihatinan dan tanggungjawab yang terlibat dalam pengurusan pelatih amatlah
saya hargai. . Segala jasa dan budi baik anda semua tidak
terbalas oleh saya. Tanpa sokongan, tunjuk ajar, bimbingan, nasihat daripada
anda semua, tidak mungkin saya berjaya pada hari ini. Segala tunjuk ajar akan menjadi bekalan serta
panduan kepada saya untuk terus berjaya.
Sekian, Wassalam…
No comments:
Post a Comment