Bilik
Kawalan Pusat ( MCR )
Bilik
Kawalan Pusat merupakan bilik kawalan utama bagi siaran Radio Perlis FM yang berfungsi sebagai pusat atau
jantung bagi keseluruhan operasi sistem penyiaran. Bilik diawasi oleh dua
orang juruteknik yang bertugas untuk
memastikan siaran radio sentiasa beroperasi dalam keadaan baik. Juruteknik di
sini ditugaskan mengikut 2 masa iaitu pagi dan malam. Isyarat maklumat yang
dihantar dan diterima adalah dalam radio FM Stereo yang berpunca daripada Bilik
Hubungan atau Konti.
Semasa siaran harian, sumber yang
diperolehi adalah dari Bilik Hubungan. Dalam keadaan tertentu sumber lain juga
dibuat secara terus menerus (live) dari Studio Drama, Studio Ceramah. Jika
berlaku sebarang kecemasan, pilihan terakhir ialah dengan memutarkan bahan
rakaman pada alat pemain pita yang terdapat di MCR itu sendiri atau menyalurkan bahan dari Kuala Lumpur.
Pada umumnya MCR merupakan satu
pusat untuk mengawal rancangan yang disalurkan keluar ke stesen-stesen RTM yang
lain atau dipancarkan dan ianya berfungsi untuk menerima rancangan-rancangan
dari stesen lain. Oleh itu, hubungan diantara satu stesen dengan stesen yang lain di seluruh Malaysia mestilah
melalui pusat kawalan termasuk juga telefon terus menerus atau hotline.
Peralatan yang berada MCR
a)
Vu
Volume unit
b)
Tuner
Radio Perlis fm
c)
ADA
– audio distribution analog
d)
ASG
– audio signal generator
e)
Swither
f)
Digital
hybrid
g)
Jack
field
h)
Mixer
12 channel
i)
Tuner
rools
j)
Monitor
speaker
k)
Monitor
tv
l)
Equalizer
m)
orban
Antara perlatan yang berada di bilik MCR
4.1 Fungsi
Peralatan Di Bay
i)
Audio
Disstribution Amplifier ( A.D.A )
Ia berfungsi sebagai pembahagi atau pengagih talian
masukan yang diterima akan mengikut jalur frekuansi tertentu. Selain itu alat ini juga merupakan sejenis penguat ( Amplifier )
iaitu menguatkan isyarat keluaran untuk tujuan kawalan siaran atau
penghantaraan maklumat. A.D.A boleh dibahagikan kepada dua unit iaitu setiap
satunya berfungsi mengikut pemilihan yang dibuat pada panel pensuisan. Dengan
adanya alat ini output yang keluar dari konti akan lebih sedap didengar
4.
Fungsi
Peralatan P.I.E (Program Input Equipment)
i)
Audio
Disstribution Amplifier ( A.D.A )
Ia berfungsi
sebagai pembahagi atau pengagih talian masukan yang diterima akan mengikut
jalur frekuansi tertentu. Selain itu
alat ini juga merupakan sejenis penguat
( Amplifier ) iaitu menguatkan isyarat keluaran untuk tujuan kawalan siaran
atau penghantaraan maklumat. A.D.A boleh dibahagikan kepada dua unit iaitu
setiap satunya berfungsi mengikut pemilihan yang dibuat pada panel pensuisan.
Dengan adanya alat ini output yang keluar dari konti akan lebih sedap didengar.
ii)
Switcher
Merupakan alat yang digunakan untuk memilih talian-talian yang dikehendaki
sama ada untuk kawalan atau penghataran. Ia boleh dibahagikan kepada dua unit
iaitu:-
a) Switcher
1 : MCR PROGRAM SWITCHER CONTROL :-
Switcher kawalan rancangan mertupakan alat pemilihan utama siaran RMK.
Sekurang-kurangnya 2 butang ditekan pada satu masa untuk kawalan.
b) Switcher
2 : MCR MONITAR SWITCHER :-
Merupakan pemilih kedua yang bertujuan untuk mengawas siaran RTM. Ianya
juga berupaya untuk mengawas isyarat-isyarat talian luar. Hanya terdapat satu
saluran sahaja yang boleh ditekan untuk tujuan isyarat yang diterima.
c) Penyama ( Equalizer )
Alat ini
berfungsi sebagai penyama aras masukan isyarat audio dari talian. Biasanya
isyarat diperolehi daripada stesen siaran lain seperti dari Pulau Pinang dan
Kangar. Terdapat lima EQ yang digunakan
di MCR. Diantara EQ yang terdapat di MCR ialah EQ Pulau Pinang, EQ Kangar, EQ
Stadium, EQ Masjid dan EQ Multi Perpos.
d) Penala FM ( FM Tuner )
Berfungsi sebagai
alat kawalan atau pengawasan siaran. Terdapat dua jenis penala yang penting
iaitu :-
i)
FM Stereo Modulation and Moitoring.
Penala jenis ini terdapat meter penunjuk aras VU dan aras modulasi serta
butang pemilih kawalan lain. Ia merupakan jenis yang paling sesuai sekali untuk
pengawasan siaran.
ii)
Penala Biasa ( Tuner )
Penala jenis ini merupakan yang terbaru di dalam teknologi elektronik dari
jenis DENON. Ia beroperasi dengan menggunakan isyarat digital, selain itu
terdapat paparan frekuensi dan maklumat ringkas pada skrin.
iii)
Pemancar
Unit pemancar boleh dibahagikan kepada dua
iaitu :
a) Pemancar
VHF ( VHF Radio Transmitters Link jenama ( ORBON- OPTIMOD ).
Alat ini berfungsi
sebagai pemodulat sekaligus memperbesarkan isyarat audio. Untuk tujuan
penyiaran radio FM, jalur frekuensi pembawanya ialah 88-108MHz. Frekuensi
pembawa untuk pemancar di Radio Perlis FM 102.9MHz. Pemancar ini berfungsi
sebagai STL ( Studio Transmitter Link ) yang dapat memancar dan menerima
gelombang RF.
b) Aerial
Pemancar Antena atau aerial amat sesuai digunakan untuk tujuan pemancaran dan penerimaan gelombang radio. Panjang aerialnya ialah lebih kurang 2 meter dan boleh memberi bentuk radiasi omnidirectional.
i)
Monitor Amplifier ( Penguat Pengawas )
Alat ini
berfungsi untuk menguatkan isyarat audio yang dihantar untuk tujuan pengawasan
siaran. Isyarat audio berpunca dari konti, studio lain atau talian
siaran lain. Untuk pemilihan stesen atau siaran boleh dilakukan pada pensuisan.
ii)
Speaker
Ianya adalah
bertujuan untuk pengawasan Siaran Radio Perlis FM dan dua speaker yang
diletakkan pada bilik MCR.
Monitor speker |
Peralatan Perantaraan Di MCR
Peralatan perantaraan
memainkan peranan yang penting di dalam talian penghantaran isyarat maklumat,
biasa peralatan yang digunakan adalah bersaiz kecil dan dipasang pada bahagian
belakang rak di MCR.Peralatan perantaraan yang digunakan ialah :-
i)
Masuk kan jack ( Jack Field )
Ia merupakan panel berlubang iaitu tempat masukan kepala kabel jack untuk tujuan sambungan
talian penghantaran isyarat atau talian penerima isyarat. Setiap lubang
mempunyai fungsi tersendiri. Ini telah disetkan oleh pihak juruteknik. Apabila
hendak membuat sesuatu siaran contohnya mengambil siaran Pulau Pinang,
juruteknik yang bertugas akan membuat ‘patching’ mengikut lubang-lubang yang
ditetapkan.
Sambungan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
a) Separuh
Normal
b) Normal
c) Padanan
Normal
i) Krone
Merupakan panel
penyambung diantara satu talian penghantar / pemancaran dengan talian
penghantaran / pemancaran yang lain. Antara kebaikannya ialah ia mudah
disambung atau baik pulih dan tiada masalah “Dry Soldering” seperti sambungan
biasa. Kedudukan ialah diantara talian dengan alatan pembahagi telefon.
ii)
PABX ( Phone Automatic Branch Exchange ).
Berfungsi secara automatik memilih saluran talian telefon ke nombor yang
dipilih. Kemuatan saluran (MP) PABX di MCR adalah 12 talian.
Telefon
Ianya merupakan salah satu
elemen perhubungan yang paling penting
dan mesti terdapat di setiap stesen RTM. Didalam Bilik Kawalan Pusat ini
terdapat 4 jenis talian telefon yang digunakan iaitu:-
a)
Talian Biasa.
b) Talian
VHF.
c) Talian
Terus ( 4 buah ).
d) Talian
Tempatan.
Jam
Induk ( MASTER LOCK )
Jam induk
merupakan satu peralatan yang terpenting disetiap stesen RTM. Ianya bertujuan
untuk menyelaraskan waktu siara ketika hubungan silang antara stesen. Jam induk
diselaraskan berdasarkan jam induk yang terdapat di Kuala Lumpur mengikuti
siaran Radio 1 atau menghubungi terus Wisma Radio Angkasapuri antara cara yang
digunakan untuk memastikan masa jam induk sentiasa tepat. Dua unit panel
penyelarasan digunakan untuk mengawal dua unit “Master Clock” didalam MCR, satu
unit jam induk adalah sebagai persediaan.
4.1. Pengendalian
Bilik Kawalan Pusat ( MCR )
Secara keseluruhannya MCR dikawal oleh
juruteknik yang bertugas secara shif. Bagi satu shif mempunyai dua orang
bertugas ialah lapan oaring iaitu 0530 am hingga 1200 am. Jadual tugas untuk
setiap shif disediakan oleh Pembantu Teknik.
- Shif
1- Dari pukul 5.30 pagi hingga 3.00 petang
i - Shif
2- Dari pukul 2.30 petang hingga 12.00 tengah malam.
Itulah antara tugas yang
dilakukan oleh juruteknik setiap hari. Walaupun risiko kerosakan alatan adalah
rendah tetapi terdapat beberapa kesulitan lain yang timbul sesekali yang
menyebabkan ganguan siaran atau penghantaran dan penerimaan isyarat. Kerosakan
yang berlaku hendaklah dikesan dengan segera untuk tindakan lanjut dan
dilaporkan kepada jurutera.Biasanya masalah yang sering berlaku ialah bekalan
kuasa terputus, walaupun begitu masalah ini dapat diatasi dengan adanya
jankuasa kecil. Jika kedua-dua stesen siaran dan pemancar terputus
bekalankuasa, maka kualiti siaran akan menurun. Keadaan ini akan bertambah
rumit sekiranya janakuasa tidak dapat berfungsi. Untuk memastikan janakuasa
berada dalam kadaan baik, ia sering diperiksa untuk memastikan ia dapat
berfungsi dengan baik.
Pelajar pelajari pelbagai
peralatan yang terdapat di MCR dan cara penggunaan. Walaupun, cara perkerjaan
agak senang tetapi setiap pelajar
dapat merasai bagaimana jika berlaku
sesuatu masalah terhadap siaran radio.
MCR hanya sekadar pengetahuan cara penyambungan “ input , output “.
Studio pelbagai PerliS FM
Studio merupakan sebuah bilik yang digunakan untuk membuat sesuatu
rancangan bagi tujuan penerbitan. Sesebuah studio dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu dimana bahagian teknikal untuk pengawalan dan bahagian penerbitan untuk
membuat aktiviti penerbitan .
Penyiarannya bergantung pada fungsi bilik berkenaan sama ada rakaman
atau siaran langsung.
Di Radio Perlis
FM terdapat studio pelbagai
i) Studio
Drama/Muzik
ii) Bilik
Hubungan ( Conty )
Selain itu bilik yang mempunyai hubungan secara langsung untuk penerbitan
rancangan iaitu :-
i) Bilik
Suntingan (Editing Room).
ii) Bilik
Rakaman.
Studio Drama/Muzik
Studio ini dilengkapi dengan ciri
sistem akustik yang amat baik. Pada asasnya ia sama seperti bilik hubungan cuma
perbezaannya hanyalah pada dinding
dimana papan lurah biasa dan karpet tebal digunakan di dalam studio ini.
Sebahagian daripada alatan yang terdapat di bilik ini ialah ‘Konsol Mixer’
kawalan audio, CD, perakam iaitu NETIA dan bay yang menempatkan alat effect
studio (kesan bunyi) dan pengawasan. Selalunya peralatan ini diberi tugas
kepada juruteknik atau penerbit rancangan. Setiap pelajar diberi peluang
menggunakan studio drama/muzik .
Di antara alatan yang disediakan pada dinding ruang lakonan vokal adalah
fon kepala, panel masukan mikrofon dan talian alatan. Ini adalah bagi
mengelakkan berlakunya gangguan dan bagi menjamin kualiti rakaman. Diantara
peralatan yang digunakan untuk tujuan penerbitan di dalam ruang kawalan teknik
ialah :-
i) PANEL MIXER – Ia adalah dari
jenis SHURE MIXER yang mempunyai 16 Channel .Ia mempunyai kawalan imbangan yang
menyeluruh dari segi EQ, Gandaan, Ubah Arah, Gema (Echo) dan lain-lain. Selain
daripada itu terdapat juga meter-meter VU dan sambungan jack secara manual.
ii) PERAKAM ATAU NETIA – Ia digunakan untuk merakam dan main
semula.Terdapat 2 DAT dan CD. Selain itu, ia juga digunakan untuk rakaman dan kesan bunyi jika perlu.
iii) SET KESAN STUDIO – digunakan
untuk mengesan bunyi seperti ‘Echo’ dan ‘Reverb’ dimana dihasilkan dari peranti
khas. Ia diletakkan pada satu bahagian bersama beberapa alat
pengawasan/monitor. Alat utama kesan audio ialah REV 5 yang lengkap dengan EQ
dan 81 pilihan kesan audio yantg dikehendaki.
iv) SET PENGAWASAN – Ia terdiri
daripada EQ, monitor amplifier dan 2 buah speaker dalam ruang kawalan dan 2
lagi dalam ruang lakonan.
Siaran langsung juga boleh dibuat dari studio ini jika perlu. Penggunaan
bilik ini juga perlu kepada tempahan dengan dibantu oleh juruteknik yang
bertugas di MCR.
Kegunaan peralatan berikut dapat diringkaskan seperti di bawah :-
i) Cermin
lutsinar – Digunakan untuk isyarat secara manual.
ii) NETIA–Digunakan
untuk rakaman dan main semula bahan atau efek.
iii) Mixer
– Digunakan untuk EQ suara ketika rakaman sedang di udara.
iv) P.Amplifier –
Digunakan untuk monitor bahan yang dirakamkan.
Bilik suntingan (EDITING ROOM)
Bilik ini digunakan khusus untuk
melakukan proses “dubbing/editing” bahan yang telah dirakamkan diluar kawasan
atau didalam bangunan ini sendiri. Bilik
ini tidak mementingkan ciri-ciri akustik kerana gelombang bunyi atau suara yang
telah dihasilkan dari bahan hanya diperlukan untuk tujuan monitor atau
pendengaran sahaja. Dalam bilik ini terdapat lubang untuk jack. Ini bermakna
sekiranya ingin merakam atau membuat suntingan dari kaset ke pita maka jack
amat penting untuk mendapat outputnya. Terdapat satu panel masukkan jack untuk
sambungan alatan yang perlu boleh dibuat secara manual dan terdapat satu rajah
litar dilekatkan sebagai panduan.
komputer untuk membuat editing |
Antara alatan yang digunakan di bilik ini ialah :-
i) Mixer
– Dari jenis SHURE, aras audio dikawal pada tombol dan unit masukan boleh
dirujuk pada meter UV.
ii) Pemutar
CD – Digunakan untuk proses dubbing bahan rekod.
iii) Pemain
pita – Terdapat dua buah, 1 digunakan sebagai pita induk dan 1 lagi digunakan
sebagai bahan studio seperti efek khas untuk suntingan drama.
iv) DAT –
Digunakn untuk membuat dubbing bahan rekod.
Sebelum bekalan kuasa di ‘Onkan’ pastikan sambungan peralatan berada dalam
keadaan betul. Set pengawasan yang terdapat di bilik ini adaalh terdiri monitor
amplifier dan speaker pengawas. Para pelajar diberi peluang melihat bagaimana
cara penyunting dijalankan oleh penerbit.
Antara tugas saya beradi di bahagian MCR ialah:
Antara tugas saya beradi di bahagian MCR ialah:
- Membuat pemantauan moniter speaker radio
- Memantau volume unit on dan off air
- Mengambil bacaan meter reading
- Setup peralatan untuk al hadis
- Belajar editing audio
- memeriksa frequansy
Assalamualaikum encik,
ReplyDeleteSaya berminat untuk bertanya mengenai bidang penyiaran iaitu apa contoh permasalahan yang sering di hadapi semasa proses penyiaran dan bagaimana cara untuk selesaikan masalah tersebut