Thursday, 14 April 2016

KOMEN DAN CADANGAN

Pada pendapat saya setelah menjalani latihan industri  lebih kurang 5 bulan, saya dapati beberapa perlu di ke tengahkan untuk mendapat pertimbangan dari pihak berkenaan. Antara cadangan saya ialah:-

   i)  Saya mencadangkan agar latihan industri terus dilaksanakan untuk pelajar yang bergelar siswa/siswi kerana ia dapat mendedahkan suasana pekerjaan yang sebenar, secara tidak langsung pelajar sudah bersedia menempuhi alam pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.
   ii)    Pihak PKT perlu lebih kerap melihat pelajar di tempat latihan industri masing-masing supaya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
  iii)   Pihak industri juga perlu memberi pendedahan yang lebih kepada pelajar tentang kendalian peralatan dan lain-lain supaya pelajar dapat mempraktikkan apa yang diajar semasa belajar mahupun bekerja nanti.

Diharap cadangan dan saranan saya ini dapat membantu dalam memperbaiki latihan industri ini. Oleh itu, perlu bagi semua pelajar, pensyarah, dan pihak industri memantapkan latihan industri ini bagi melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi.


1 comment:

  1. Salam, saya nak tanya. Saya perlu email kepada siapa ya kalau nak intern kat rtm perlis? Terima kasih

    ReplyDelete