Kewujudan Stesen Radio Kangar, Perlis merupakan satu
lagi sejarah perkembangan siaran radio di Malaysia terutamanya dalam mengisi
arus pembangunan negara masa kini.Walaupun pada awal tahun 70an dan sebelumnya
pendengar-pemdengar di kawasan utara terutamanya di Perlis dan Kedah hanya
dapat mengikuti siaran yang dipancarkan dari Stesen Pulau Pinang, namun
siarannya masih menghadapi permasalahan dan gangguan.Jarak pancarannya sejauh
170 kilometer serta siarannya kurang jelas dan sering terganggu pada waktu
malam akibat dari kekuatan siaran dari stesen Radio negara Thailand yang
bersempadan dengan negeri Perlis.
Pada bulan Mei 1972, sebuah alat pemancar Radio
model NEC yang hanya memancar siaran Rangkaian Nasional telah dipasang di dalam
sebuah bangunan yang sedia ada di Padang Pauh,Jalan Kaki Bukit, 6 kilometer
dari Kangar. Alat pemancar yang di pasang bergelombang sederhana 612KHz/490mb
dengan kekuatan 10 kilowatts. Ia dipancarkan melalui " Ariel Punggak
" yang dipasang di belakang bangunan dengan ketinggian 200 kaki.
Terbinanya Stesen Pemancar tersebut maka bermulakah satu era baru dalam siaran
radio di perlis. Penduduk-penduduk dari seluruh negeri Perlis hingga ke
Kedah dapat menerima siaran yang dipancarkan dari stesen Padang Pauh,
malah siaran dari pemancar di perlis ini juga dapat di terima di Setul,
Thailand.Pada 1 Julai 1972, siaran sepenuhnya selama 18 jam iaitu dari jam 6.00
pagi hingga 12.00 tengan malam dimulakan. Sebagai sebuah stesen pemancar yang
baru dan jauh dari ibu pejabat serta stesen-stesen lain, ia dikendalikan hanya
oleh 4 orang juruteknik.
Selepas itu pertambahan juruteknik dari
stesen-stesen lain membantu pengendalian stesen pemancar itu.Saluran untuk
rancangan di terima dari stesen Pulau Pinang melalui kedai Telekom.Segala
urusan pentadbiran pula dikendalikan di Pulau Pinang sebagai ibu pejabat
stesen-stesen Kawasan Utara.Apabila siaran tempatan yang kemudiannya dikenali
sebagai Radio 3 Kangar mula beroperasi Stesen Pemancar RTM di Padang Pauh
dijadikan stesen induk untuk memancarkan rancangan-rancangan Radio Alor Setar,
sebaik sahaja studio Radio Alor Setar dibina pada tahun 1978.Stesen Pemancar
ini kemudiannya menjadi stesen yang sangat penting untuk Kawasan Perlis dan
Kedah.
Pada 20 November 1990, Stesen Pemancar AM dengan
resminya dihentikan setelah beroperasi selama 18 tahun. Pada 1 Jun 1991 stesen
ini dijadikan Stesen Pemancar FM dengan terbitnya sebuah studio untuk Radio 3
Kangar. Kerja-kerja pemasangan peralatan studio bermula pada 15 April 1991 dan
disiapkan pada 30 April tahun yang sama. Siaran pertamanya dilancarkan
oleh Menteri Besar Perlis ketika itu, Dr Abdul Hamid Pawanteh pada 1 Jun 1991
melalui gelmbang 102.9 MHz dengan slogan hiburan hebat maklumat padat.Kemudiannya
perasmian Radio 3 Kangar disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed
Putraq Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 11 Ogos 1992 bersamaan 12
Safar 1413 Hijrah. Radio 3 Kangar terletak di Tingkat 6, Menara Kemajuan yang
kini dikenali Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis dengan selogan maklumat
terkini hiburan sensasi.Dengan adanya siaran Radio 3 Kangar, Penduduk di Perlis
termasuk Kedah dan selatan Thailand berpeluang mengikuti radio tempatan itu.
Peralatan
radio juga bertukar ganti mengikut arus perubahan masa.Pada 1 April 2001, RAdio
3 Kangar bertukar menjadi Radio Malaysia Perlis sempena sambutan Ulangtahun RTM
ke 55. Bilangan kakitangan juga bertambah dan peralatan studio juga
ditingkatkan. Siaran Radio Malaysia Perlis menjadi bertambah mantap dengan
siarannya selama 18 jam sehari dengan slogan informasi semasa ceria
sentiasa.Radio Malaysia Perlis turut mengalami perkembangannya serta mendahului
stesen radio lain milik kerajaan menggunakan peralatan studio Digital bermula
pada 1 April 2003 hingga kini dengan slogan RMP sentiasa dihati.
Pada 1 April 2005 serentak dengan pelancaran
penjenamaan beru stesen radio RTM, Radio Malaysia Perlis turut berubah menjadi
Perlis FM yang bermoto "Sungguh Serasi". Pelancaran bagi penjenamaan
baru Perlis FM disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan
Kassim pada 25 Jun 2005 (Sabtu) di Dewan Wawasan Negeri Perlis.
Aktiviti RTM Perlis atau PerlisFm.
Radio Malaysia Perlis turut
berubah menjadi Perlis FM yang bermoto
“Serasi Denganku”. Antara aktiviti-aktiviti
yang diadakan oleh Perlis
FM ialah:
a) Futsal
Piala Pengarah Penyiaran Perlis 2016
b) Pertandingan lagu 70 an 2016
c)
Studio
Mini Fiesta angin timur Padang Benta
Halatuju
RTM Perlis
Visi RTM Perlis
Untuk menjadi sebuah
badan penyiaran Negara yang utama dan dinamik bertaraf dunia .
Misi RTM Perlis
Menyiarkan maklumat dan program hiburan radio dan
televisyen yang berkualiti dan budayasaing dengan menggunakan teknologi terkini
serta menepati citarasa audiens ke arah mencapai wawasan Negara.
Sebelum RTM Perlis beroperasi, Negeri Perlis berkongsi siaran dari RTM Alor Setar yang dikenali Siaran Tempatan Kedah/Perlis. Mohon pencerahan. Gelombang AM Permatang Pauh juga berkongsi dengan stesen Alor setar?
ReplyDelete