Thursday, 7 April 2016

LATAR BELAKANG FIRMA

Sejarah Penyiaran Malaysia RTM



        Pada tahun 1921, seorang juruteknik elektrik kerajaan Johor, A.L Birch telah membawa masuk set radio yang pertama ke Malaysia. Beliau telah menubuhkan Persatuan Johore Wireless di mana ia adalah sebuah persatuan yang memulakan penyiaran radio melalui gelombang 300M.Era penyiaraan telah berkembang pada tahun 1930, Tuan Earl dari Lembaga Perlabuhan Singapura telah memulakan siaran gelombang pendek.  Ia disiarkan dua kali seminggu iaitu pada setiap Ahad dan Rabu.  Usaha ini telah diadaptasikan oleh Persatuan Wireless lain seperti Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur yang penyiaraannya dilaksanakan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Ia dipancarkan dari Bukit      Petaling Kuala Lumpur melalui gelombang 325M.
        Dalam tahun 1940an Perbadanan Penyiaran di Malaysia telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri–Negeri Selat. Ekoran daripada serangan dari pihak Jepun, British telah menyerah kalah di Singapura melepaskan semua saluran radionya di Pulau Pinang, Melaka, Seremban, dan Singapura kepada tentera Jepun.Tahun 1945 menyaksikan pihak British merampas kembali stesen-stesen radio berkenaan setelah ia kembali berkuasa. Setelah peperangan tamat, iaitu pada 1 April 1946 Jabatan Siaran Radio telah ditubuhkan di Singapura.
       

        Awal tahun 50-an segala aktiviti penyiaraan di Malaysia beroperasi di studio semantaranya di Jalan Cenderasari Kuala Lumpur.  Bermula dari sinilah bidang penyiaraan terus menyinar berikutan dengan penubuhan beberapa stesen-stesen radio dikawasan berhampiran. Bidang penyiaran ini telah bergerak maju ke hadapan dengan perkhidmatan televisyen telah diperkenalkan pada 28 Disember 1936 di studio di Dewan Tunku Abdul Rahman di Jalan Ampang.  Komplek Penyiaraan ini telah berpindah ke Angkasapuri  6 Oktober 1969 adalah satu tarikh keramat dan mengukir sejarah apabila radio dan televisyen telah digabungkan bersama dan diletakkan dibawah satu jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Penyiaran Malaysia. 

Pada keseluruhannya, semua negeri di Malaysia telah mempunyai stesen radio masing-masing.  Setiap stesen radio dilengkapi dengan rangkaian-rangkaian radio seperti Radio Malaysia Kuala Lumpur, Radio Malaysia Tempatan, Radio Muzik, Radio Malaysia Saluran 4 (tamil), Radio Malaysia Siaran 5 (mandarin).  Kedua-dua saluran media elektrik dan eletronik ini adalah bersifat global dan seiring dengan perkembangan dunia semasa iaitu Teknologi Maklumat.

No comments:

Post a Comment