Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya Mohd Norsyafiq Izuwan Bin Nazri merupakan pelajar jurusan diploma video dan filem di politeknik syed sirajuddin pauh, Kini saya berada di semester empat dan telah menjalani latihan industri RTM PERLIS KANGAR PERLIS. Saya mula menapak di RTM PERLIS pada 30.11.2015 dan saya akan berkongsi pengalaman saya ketika menjalani latihan industri di RTM PERLIS.
Sunday, 17 April 2016
Thursday, 14 April 2016
KOMEN DAN CADANGAN
Pada pendapat saya setelah
menjalani latihan industri lebih kurang
5 bulan, saya dapati beberapa perlu di ke tengahkan untuk mendapat pertimbangan
dari pihak berkenaan. Antara cadangan saya ialah:-
i) Saya
mencadangkan agar latihan industri terus dilaksanakan untuk pelajar yang
bergelar siswa/siswi kerana ia dapat mendedahkan suasana pekerjaan yang
sebenar, secara tidak langsung pelajar sudah bersedia menempuhi alam pekerjaan
apabila tamat pengajian kelak.
ii)
Pihak
PKT perlu lebih kerap melihat pelajar di tempat latihan industri masing-masing
supaya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
iii)
Pihak
industri juga perlu memberi pendedahan yang lebih kepada pelajar tentang
kendalian peralatan dan lain-lain supaya pelajar dapat mempraktikkan apa yang
diajar semasa belajar mahupun bekerja nanti.
Diharap
cadangan dan saranan saya ini dapat membantu dalam memperbaiki latihan industri
ini. Oleh itu, perlu bagi semua pelajar, pensyarah, dan pihak industri
memantapkan latihan industri ini bagi melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang
mempunyai kualiti yang tinggi.
KESIMPULAN
Bersyukur saya ke hardrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat
saya menjalani latihan praktikal di Radio Perlis FM (PFM) yang mengambil masa
selama 5 bulan dari bulan november hingga april 2016. Saya berasa amat
bertuah sekali kerana dapat berpeluang menjadi sebahagian daripada keluarga
Radio Perlis FM walaupun hanya dalam
masa yang singkat.
Secara keseluruhannya, Radio Perlis
FM (Perlis FM) dapat memenuhi hasrat dan matlamat untuk memberi pendedahan yang
luas mengenai bidang pekerjaan yang sebenar. Kebanyakan peralatan di sini
bersangkutan dengan bidang video dan
filem. Disiplin memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan
merupakan satu prinsip yang perlu
disematkan di dalam diri setiap individu. Kerjasama daripada semua warga Radio Perlis FM memudahkan lagi
saya memahami selok-belok alam pekerjaan.Di sini dapat disimpulkan bahawa :-
i) Pelajar
didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang penyiaran.
ii) Pelajar
dapat mendisiplinkan diri, bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan dan bersedia
menghadapi sebarang masalah yang bakal timbul.
Wednesday, 13 April 2016
LAPORAN TEKNIKAL
PENGENALAN
Unit Rakaman Luar atau bahagian OB/OR (Out
Broadcasting/Out
Recording) ini menjadi salah satu bahgian yang penting dalam jabatan ini.
Ini kerana setiap apa jua rakaman dan siaran luar dilakukan oleh para
juruteknik dibahagian ini. Peralatan yang digunakan untuk membuat sebarang rakaman atau siaran luar di
simpan di bahagian ini dan para juruteknik perlu sentiasa peka terhadap setiap
kerosakan yang berlaku ke atas alat-alat tersebut. Jika berlaku sebarang
kerosakan terhadap peralatan tersebut, para juruteknik bertanggungjawab untuk
menyelenggaranya.
Sebelum sesuatu rakaman atau siaran luar itu
dilakukan, terlebih dahulu Penerbit sesuatu rancangan yang akan dirakamkan itu
akan membuat tempahan terlebih dahulu Juruteknik yang bertugas akan menyediakan
peralatan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, setiap peralatan yang akan
digunakan perlulah di uji terlebih dahulu untuk memastikan kelancaran rakaman
tersebut, yang biasanya dilakukan lebih awal daripada tempahan.
Jenis-jenis tugas utama yang dilakukan oleh juruteknik di bahagian ini
ialah :-
i) P.A Sistem/Siaraya (Public Address System)
ii) Rakaman Luar.
iii) Siaran Luar (Secara Langsung)
i)
PA SYSTEM
Sistem ini dibuat pada ucapan umum, majlis keramaian
dan sebagainya dan sebagainya. P.A dilakukan secara terus kepada umum tetapi
hanya di kawasan itu sahaja. Para pelajar diberi peluang menyediakan “PA SYSTEM” ketika pertandingan lagu 70 an
ii) Rakaman
Luar
Tugas ini melibatkan rakaman untuk disiarkan ke udara melalui
radio. Rakaman ini dilakukan di luar studio atau dengan kata lain di tempat
yang talah diarahkan seperti di sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan
sebagainya atas jemputan mereka. Di antara rakaman-rakaman yang di buat ialah
seperti rakaman pantun, ceramah, dan temuramah yang biasanya menggunakan
alat-alat seperti perakam DAT, mikrofon, speaker dan lain-lain bergantung
kepada keperluan. Rakaman luar didedahkan kepada pelajar cara merakam dan
kenali peralatan yang selalu digunakan.
iii) Siaran
Luar
Siaran Luar pula melibatkan siaran secara langsung
yang tidak memerlukan perakam yang mana siaran ini adalah secara terus dari
tempat kejadian ke udara.
Alat-Alat Yang
Terdapat Di OB/OR
i)
Mikrofon
Setiap rakaman dengan mikrofon. Ia merupakan alat yang menukarkan tenaga kustik kepada tenaga mekanikal atau kuasa elektrik. Mikrofon adalah pengubah iaitu mengubah dari satu bentuk tenaga yang lain.
Setiap rakaman dengan mikrofon. Ia merupakan alat yang menukarkan tenaga kustik kepada tenaga mekanikal atau kuasa elektrik. Mikrofon adalah pengubah iaitu mengubah dari satu bentuk tenaga yang lain.
Proses ini terbahagi kepada dua
bahagian mengikut keadaan tertentu:-
a) Pertukaran tekanan udara bersebab dari gelombang (alunan)
suara menjadikan lapisan gegendang (diaphragm) yang nipis kepada getaran
mekanikal.
b) Getaran pada gegendang digunakan untuk menimbulkan voltan
ulang-alik.
Oleh yang demikian mikrofon
menukarkan tenaga akustik kepada pancaran kuasa elektrik dengan memintas
(intercepting) pancaran gelombang bunyi dari puncanya. Mikrofon yang memintas
bunyi dari gelombang di udara mempunyai gegendang (rangka) untuk mengumpul
tenaga akustik. Dua cara asas kendalian boleh digunakan untuk mengeluarkan
getaran mekanikal dari tindakan gelombang suara.
Contoh – contoh mikrofon yang digunakan :
a)
Mikrofon
Juruhebah di Studio.
b)
Mikrofon
Untuk Temubual Di Studio Rakaman Radio.
c)
Mikrofon
Untuk Rakaman Drama.
d)
Mikrofon
Untuk Tujuan Pembaca Di Studio (Studio Recital Mic).
e) Mikrofon Konsert Orkestra.
f) Mikrofon Siaran Luar Untuk
Sukan
Mikrofon
sering digunakan oleh para pelajar adalah mikrofon wireless.
i) Tascam
Tascam merupakan sejenis alat
perakam yang digunakan di unit OB.Tascam mempunyai banyak jenis. Antaranya
ialah tascam perakam, mixer , pemain cd. Tascam perakam digunakan untuk merakam
suara. Contoh tascam perakam di gunakankan majlis forum perdana,al hadis dan
lain-lain.
ii)
Speaker
Merupakan pembesar suara yang dihasilkan oleh sistem
penguat kuasa. Walau bagaimanapun dua terdapat dua jenis penggunaan yang
digunakan di sini iaitu untuk monitor dan untuk penonton. Speaker monitor hanya
untuk di dengar di dalam studio sahaja manakala speaker untuk penonton
diletakkan di luar studio untuk di dengan oleh penonton.
i) Adaptor
“Adaptor” adalah sejenis alat yang berfungsi
sebagai penstabil bekalan kuasa supaya berkeadaan pada tahap 240V. Ia amat
penting bagi mengawal bekalan kuasa supaya tidak berlaku kekurangan atau
berlakunya lebihan jumlah kuasa yang dibekalkan. Kestabilan bekalan kuasa amat
penting bagi menghasilkan rakaman yang bermutu tinggi. Ianya mempunyai
kelebihan tersendiri iaitu butang yang terdapat padanya boleh dilaraskan
mengikut kehendak semasa.
i) Equalizer
“Audio
Equalizer”ialah alat yang membolehkan seseorang juruteknik audio
untuk mengawal tahap nada atau tahap “Hamonic or Timbre” yang
wujud pada bunyi yang dihasilkan.
i) Amplifier
Ia adalah
satu alat untuk menguatkan isyarat audio. Di sini amplifier digunakan ketika
majlis-majlis keramaian seperti majlis ceramah, aktiviti sukan, persembahan
dikir barat dan lain-lain yang mana ia memerlukan suara yang kuat untuk di
dengar oleh umum.
i) Kabel
Berperanan sebagai penyambung antara “input” dan “output”. Ianya
terdiri dari dua jenis sambungan iaitu sambungan “male” dan “female”. Terdapat pelbagai jenis kabel yang digunakan
antaranya ialah kabel sambungan pembesar suara, kabel sambungan mikrofon dan
kabel sambung ke konsul atau sebagainya.
i) Headphone
Untuk tujuan pendengaran, headphone
digunakan. Ianya mempunyai dua buah speaker di sebelah kiri dan kanannya. Ia
digunakan oleh juruteknik untuk memastikan tahap suara yang digunakan atau “input”
yang diterima beradadalam keadaan memuaskan atau tidak berada pada keadaan “oversound”.
Alat ini amat penting kerana ianya tidak dipengaruhi oleh bunyi dari
luar.Selain dari itu, bagi tujuan untuk memastikan rakaman yang dilakukan
dirakam atau tidak, maka alat ini juga diperlukan
i)
Reportophone
Ia adalah
satu alat yang di gunakan untuk membuat siaran langsung. Ia memerlukan
kerjasama antara pihak Telekom dan RTM sendiri. Ini adalah kerana untuk
menggunakan alat ini, talian telefon perlulah di gunakan dan ini memerlukan persetujuan
pihak Telekom.Antara kesemua peralatan ini para pelajar wajib menggunakannya
dengan adanya bantuan dari juruteknik pihak RTM sendiri kenapa ini melibatkan siaran.
i)
Mixer
Mixer adalah satu alat pengadun atau pencampur. Pengadun
atau pencampur di sini adalah bermaksud ia mempunyai banyak masukan tetapi
hanya ada satu keluaran sahaja. Ia mempunyai dua jenis masukan iaitu mic dan
line. Masukan mic dikhaskan hanya untuk mikrofon shaja mankala line untuk
radio, amplifier dan sebagainya. Ia mempunyai pelaras-pelarasnya yang
tersendiri iaitu pelaras equalizer yang bertujuan untuk mendapatkan bunyi
keluaran yang baik dan bermutu tinggi. Mixer yang pernah didedahkan kepada
pelajar keluaran “Soundcraft ''
.
Rakaman Luar
i) Rakaman Temuramah
Rakaman temuramah memerlukan Tascam, Mikrofon, serta
kabel pendek untuk mikrofon. Hanya juruhebah yang melakukan rakaman ini.
ii) Rakaman Dalam Dewan
Rakaman jenis ini biasanya dilakukan untuk rakaman yang
akan disiarkan ke udara pada masa-masa tertentu. Alat-alat yang berkaitan perlu
di tempah terlebih dahulu oleh penerbit sesuatu rancangan tersebut. Peralatan
yang pelajar akan lebih kenali ketika rakaman dalam dewan ialah mixer,
mikrofon,Tascam , kabel dan juga speaker.
iii) Rakaman Luar
Kaedah untuk membuat rakaman ini sama seperti
rakaman di dalam dewan tetapi berbeza dari segi alatan dan tempat temuramah.
Bagi rakaman luar, hanya Tascam, dan mikrofon yang digunakan dan ia memerlukan
seorang penemuramah yang biasanya terdiri daripada juruhebah. Juruteknik dan
pelajar memainkan peranan yang penting
dalam proses merakamkan sesi temuramah yang dilakukan termasuklah pada alat
perakam iaitu Tascam .
iv)
Siaran Langsung
Siaran langsung ialah siaran yang dibuat secara
langsung dari tempat kejadian seperti laporan pilihanraya, laporan secara
langsung acara sukan, laporan terkini tentang perkara yang berlaku di Malaysia
dan sebagainya. Untuk melaksankan siaran langsung ini penglibatan pihak Telekom
diperlukan.
Pihak Telekom perlu menyediakan dua talian telefon
yang telah di tempah oleh pihak RTM sebelum ini. Dua talian ini ialah talian
muzik dan talian telefon kawalan :-
a) Talian data
Talian ini adalah untuk disambungkan secara terus ke
bilik hubungan nasional untuk kegunaan juruhebah.
b) Talian telefon kawalan
Talian ini pula disambungkan ke
bilik Pusat Kawalan (MCR) untuk tujuan pengesanan talian yang telah
disambungkan antara tempat kejadian dengan bilik hubungan nasional. Juruteknik
yang bertugas di tempat kejadian akan menefon MCR untuk memastikan tone telah
di hantar dan telah dapat di teima dengan jelas.
Tempahan latihan perlu dibuat seminggu sebelum
berlangsungnya siaran tersebut kepada pihak Telekom. Juruteknik yang ditugaskan
untuk membuat ujian ke atas talian akan ke tempat kejadian dua hari sebelum
berlakunya kejadian tersebut. Ini untuk memastikan talian berkeadaan baik dan
tiada halangan. Untuk memastikan isyarat dapat di terima dengan baik , penerima
perlulah mempunyai tahap kehilangan atau drop yang paling rendah. Jika
isyarat yang di hantar adalah 100 peratus, penerima di bilik pusat kawalan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 90 peratus
hingga 95 peratus kadar penerimaannya. Ini penting kerana ia akan menentukan
mutu siaran yang sebenar nanti. Pihak Telekom dan RTM perlulah bersama-sama
memastikan isyarat yang akan di terima oleh pendengar nanti dalam keadaan yang
terbaik. Pelajar diajar cara untuk menerima isyarat dari pihak telekom.
Peralatan
Yang Digunakan
i) Mixer.
ii) Receiver (radio).
iii) Kabel.
iv) Reportphone.
v) Headphon
Antara tugas yang diberi oleh penyelia ob ialah :
- Menyusun peralatan ob
- Memeriksa di box
- Setup peralatan P.A system
- Membuat penyelengaraan power amplifiear
- Setup peralatan untuk mini studio
- Membuat rakaman ucapan Perasmian Pesta Angin timur oleh Menteri Besar
- Menghantar peralatan P.A system
LAPORAN TEKNIKAL
PEMANCAR
Pengenalan
Pemancar merupakan bahagian terakhir
yang akan dilalui oleh sebarang isyarat sebelum ia dihantar ke antenna untuk
dipancarkan. Fungsi utama pemancar adalah untuk menentukan peningkatan
frekuensi, nilai kuasa yang diperlukan untuk menghantar isyarat dan juga untuk
menapis sebarang gangguan yang berlaku kepada isyarat. Isyarat kemudiannya akan di modulasi
menggunakan ‘modulator’. Proses modulasi ini dilakukan dengan menggabungkan
isyarat pembawa dan isyarat data. Kemudiannya
isyarat yang telah dimodulasi akan dihantar ke antena untuk dipancarkan.
Fungsi
utama dan matlamat stesen pemancar ialah memastikan semua siaran radio dan
tv yang dipancarkan adalah berkualiti
tinggi dan dapat diterima dengan baik, jelas dan tanpa gangguan kepada
penduduk-penduduk di kawasan yang ditentukan di sepanjang masa siaran.
Untuk
memastikan fungsi utama dapat diselaraskan kepada objektif Jabatan, maka
beberapa strategi dan faktor penting perlu dipertingkatkan dalam penambah
baikan mutu siaran.
Antaranya adalah seperti
berikut:-
a) Memastikan alat pemancar bagi setiap siaran dapat di
pancarkan dengan lebih luas.
b) Mengesan dan mengatasi masalah kerosakan yang timbul
pada alat pemancar pada tahap minimum.
c) Mengurangkan masa gangguan sesingkat yang boleh.
d) Menentukan dan mengawal kualiti siaran pada tahap
yang maksimum.
e) Bertanggungjawab dan cekap dalam menjalankan tugas
yang telah diamanahkan.
f) Menjalankan tugas operasi dan penyelenggaraan dengan
lebih baik dan sistematik.
g) Memberi kebolehan terbaik yang ada pada individu
untuk mencapai matlamat jabatan dan bahagian.
h) Menjalankan ujian penerimaan siaran radio FM dan TV
di seluruh kawasan Perlis.
Pemancar-Pemancar FM Milik RTM
i) Stesen Pemancar Padang Pauh, Perlis
ii) Stesen Pemancar Universiti
Utara Malaysia
iii) Stesen Pemancar Bukit Dedap
Sik, Kedah
iv) Stesen Pemancar Bukit
Genting, Pulau Pinang.
Pemancar-Pemancar FM
Milik TM
i) Stesen Pemancar Gunung Jerai, Gurun.
ii) Stesen Pemancar Gunung Raya, Langkawi.
iii) Stesen Pemancar Bukit Penara, Pulau Pinang.
iv) Stesen Pemancar Bukit Palong, Baling.
v) Stesen Pemancar Sungai Hilir Kecik ,Bandar Baharu.
Para pelajar dapat melawati keseluruhan
pemancar fm milik RTM PERLIS malah, pelajar turut dipelajari bagaimana mencari Frekuensi dan cara – cara
mengatasi masalah sekiranya berlaku masalah pada stesen pemancar milik RTM
Perlis.
Penyelenggaraan Cegahan Komponen
Cara – cara penyelenggaran cegahan
komponen turut dipelajari setiap
pelajar
terhadap komponen – komponen ini :-
i)
Transistor
ii)
Kapasitor
iii)
Perintang Tetap
iv)
Fius
v)
Meter
vi)
Geganti
vii) Suis
viii) Lampu penunjuk dan
suis penunjuk
ix)
Papan litar
tercetak
x)
Ujian Prestasi
Pengurusan Stesen
Pemancar/Transposer
Pengurusan stesen pemancar/transposer
boleh dibahagikan kepada dua
kategori :
i) Manned
Station
ii) Unmanned
Station
Manned Station
a) Sesebuah
stesen pemancar yang dikendalikan oleh pasukan petugas (kakitangan) sepenuh
masa (24jam).
b) Contoh
manned stesen adalah seperti stesen- stesen pemancar fm milik rtm
Unmanned Station
a) Sesebuah
stesen pemancar/transposer yang tidak dikenalikan sepenuh masa. Stesen-stesen
ini dibuat lawatan atau pemantauan mengikut jadual atau apabila keadaan
memerlukan seperti berlaku kerosakkan atau aduan daripada orang awam atau pihak
atasan.
b) Contoh
stesen-stesen unmanned seperti stesen- stesen pemancar fm milik tm
c) Kebiasaannya
stesen-stesen unmanned ini terletak :-
i) Jauh
dari kota atau Bandar.
ii) Berkuasa
rendah~bawah 1Kw
iii) Menerima
program (source) secara `off-air’.
iv) Kawasan
sasaran yang kecil.
Bahagian-Bahagian Yang
Terdapat Di Pemancar
i) PIE (Program Input Equipment)
Menerima program
dari bilik kawalan pusat (MCR) menerusi litar telekom capella (digital line)
dan PCH (analog line). Sekiranya
capella line mengalami
masalah maka PCH line akan mengambil alih secara automatik. PIE ini berfungsi
untuk memantau siaran tv dan radio sebelum dan selepas pemancar.
ii)
Transmitter
“Transmitter” adalah satu alat untuk
memancarkan isyarat RF (Radio Frequency).
Transmixtter tv |
Transmitter radio |
iii)
Penguja
(Exciter)
Penguja adalah
sejenis penguat yang tugasnya adalah untuk menguatkan isyarat yang diterima.
Oleh kerana ianya dibahagi kepada frekuensi radio, maka frekuensi ini adalah
penguat frekuensi radio iaitu isyarat yang diterima ialah frekuensi radio dan
ianya untuk mengeluarkan frekuensi itu sahaja.
Exciter |
Langkah-Langkah
Kerja Yang Dijalankan
Beberapa langkah kerja yang di jalankan.
Antaranya seperti para pelajar perlu membaca meter, menghidupkan”transmitter”,menguji kekuatan siaran,
dan menservis serta penyelenggaraan .seterusnya direkod untuk tujuan pemeriksaan
Diajar cara oleh juruteknik membaca meter pada ”transmitter” mengikut jadual dan |
Membuat penyelengaraan air cond.
Fungsi meter gas ini ialah
- Untuk memeriksa gas yang terkandung dalam air cond.
- Tube berwarna biru adalah untuk memeriksa gas.
- Tube berwarna merah untuk menambah gas kedalam air cond
- Tube berwarna kuning pulak untuk mengeluarkan gas jika terlalu banyak di dalam air cond
- Multimeter juga digunakan untuk memeriksa Amp setiap air cond. Setiap air cond mempunyai amp yang berbeza.
Membuat penyelengaraan radiotor :
- Membuka skru radiotor.
- Mengeluarkan kipas terlebih dahulu.
- Membersihkan kipas radiotor menggunakan air yang bersih.
- Membersih radiotor menggunakan air yang bersih.
- Membuat pemasangan semula selepas semua peralatan radiotor dibersihkan.
Kegunaan dummy load untuk memeriksa signal daripada transmitter ;
- Membuka power transmitter
- Menyambung kabel dummy load ke transmitter
- Membuat bacaan menggunakan meter untuk memeriksa frequansy di trasmitter tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)